Quran

Listen to Quran

Thursday, January 26, 2012

KASTURI WANGIAN DARI SYURGA

Wangian Syurga..

Kasturi Kijang


Mengikut rujukan pengarang kitab AL-ALQAA 'IQ' dan juga kitab JAAMI KERAAMAT AL-ALIYAA, sesungguhnya di kala Nabi Adam A.S. diturunkan dari syurga ke bumi, baginda telah diziarahi oleh seekor kijang, lalu Nabi Adam A.S. telah menghadiahkan secebis daun dari syurga dan dengan izin ALLAH SWT memberikan dia berbau kasturi.


Diriwayatka oleh al-Tarmidzi daripada Abu Ayub R.A daripada Nabi Muhammad S.A.W maksudnya,
"Empat perkara daripada sunnah Rasul-Rasul iaitu: malu, berwangi-wangian, iwak dan nikah"
(Hadis Hassan)
Kasturi minyak wangi kesukaan Nabi Muhammad S.A.W.

Diriwayatkan oleh Muslim sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda maksudnya,
"Kasturi adalah minyak wangi yang paling baik sekali"

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Aishah R.Anha katanya,
"katanya.."Aku telah menyapu minyak wangi kepada Nabi S.A.W dengan minyak wangi sehingga aku dapati bau dan kesan minyak wangi di kepala dan janggutnya".


Khasiat Kasturi:


Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuan terutama Ibnu Qayyin Al Jaudiah Ria dan ahli-ahli perubatan islam, maka kasturi di dapati mempunyai banyak khasiat:



  1. Mengelak pukau
  2. Mengelak sawan tangis
  3. Mengelak sawan malam / terkejut-kejut
  4. Mengelak sihir
  5. Memberi kekuatan ruh (kesihatan rohani)
  6. Menenangkan jiwa dan hati
  7. Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
  8. Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
  9. Menghilangkan debaran jantung
  10. Menyedarkan orang pengsan
  11. Menghilangkan sejuk tubuh
  12. Menghilangkan sesak nafas
'BAHAWA dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi.' Mengamati petikan hadis riwayat Al-Bazzar ini membayangkan kepada kita betapa keenakan bauan kasturi itu sudah lama disebut dan disampaikan dari mulut ke mulut.


Doa memakai haruman kasturi:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ، اَلَّلهُمَّ صَلَّى عَلَى سَيِّدنَا مُحَّمَدٍ


Cara Pemakaian Kasturi

Menurut Syaikh Hayat Ali Ridzha Al-Khiyami an Naqsyabandi, pesakit yang terkena sihir hendaklah memakai minyak wangi di ‘32’ point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah:


20: Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit.
2: Dua lubang hidung.
2: Dua lubang telinga.
2: Dua kening berdekatan mata.
1: Sekeliling mulut.
2: Dua puting payu dara.
2: Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
1: Lubang pusat.

Masa pemakaiannya adalah ketika hendak:
Solat & Membaca Al-Qur'an
Pergi ke masjid
Menyambut Hari Raya
Bertemu dengan tetamu
Bersama suami isteri
Pada hari Jumaat
Menuntut ilmu


Manakala menurut Al-Marhum Tuan Guru Hj. Abdullah bin Abdul Rahman, asas pemakaian kasturi mengikut sunnah ialah kasturi disapu di baju atau ihram dan juga di kening.

Menurut Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin asas pemakaian kasturi mengikut sunnah ialah kasturi disapu di baju atau ihram dan juga di kening dan penambahan satu kawasan iaitu menandakan kasturi dipergelangan kedua tangan. Pusing mengikut tawaf kaabah (anti-clock wise).

Namun begitu, fadhilat yang paling baik hendaklah kita bersolat dengan mengamalkan berwangi-wangian kerana 70 kali lebih baik dari tidak memakai wangi-wangian. InsyaAllah!

 Sabda nabi S.A.W:"belajarlah al-quran serta bacalah kerana perumpamaan al-quran bagi orang yang mahu belajar,membaca dan melaksankannya adalah seperti 1 bekas yang dipenuhi dengan wangian kasturi yang baunya menyebar pada setiap tempat.Dan perumpamaan orang yang mahu memperlajarinya dan ia lupa(mengamalkannya),maka di hatinya seperti ada 1 bekas wangian kasturi yang masih tertutup."(Riwayat at-Tarmizi)

No comments:

Post a Comment